SIAPA AKU?
Pada 1 januari 1999 jam 9:45 pagi hari Jumaat, aku telah dilahirkan di sebuah hospital negeri yang terletak di bahagian Pantai Timur semenanjung Malaysia. Yang mana, aku merupakan anak lelaki kedua daripada 6 orang cahaya mata kepada kedua ibubapa aku. Ibu aku merupakan seorang suri rumah sepenuh masa, manakala bapa aku pula ketika itu bekerja sebagai seorang pemandu bas Express (perjalanan jauh) kepada syarikat bas yang kini sudah tidak wujud lagi yang mana sewaktu dikenali sebagai Konsortium Transnasional Bhd (KTB).
Aku dibesarkan dengan suasana kampung dalam keluarga yang sederhana. Situasi ini telah membina atau mengukir personaliti diri aku yang sekarang yang akan disebutkan dalam bahagian yang akan datang. Keluarga kami tidak susah sehingga tiada duit untuk makan dan tidak dapat bersekolah dan sebagainya, namun keluarga aku tidak juga kaya sehingga dapat meluangkan masa dan wang ringgit untuk bercuti atau berhibur dengan cara yang memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Segalanya mencukupi untuk keluarga aku sewaktu ketika itu.
Jadi tentang adik-beradik aku pula, seperti yang aku telah sebutkan diatas aku merupakan anak yang kedua daripada 6 beradik satu ibu satu bapa (i’ll explain about it later). Yang mana, aku mempunyai abang dan dibawah aku pula adalah adik perempuan, lelaki perempuan dan kembali kepada lelaki. Kesemua kami hanya berbeza umur hanya 1 ke 2 tahun sahaja.
Walaupun usia kami agak rapat, tapi aku sangat rapat dengan keluarga aku sama ada dengan adik-beradik aku mahupun dengan kedua ibubapa aku. Pada mulanya, ya mesra sebagai seorang kanak-kanak. Namun setelah usia aku meningkat aku mula menjauh dan kemesraan itu berkurang dan semakin berkurang walaupun umur aku ketika itu tidak lagi mencapai belasan tahun. Ya betul, ada berlaku beberapa situasi ataupun kejadian luar dari kebiasaan(i’ll explain about it later) tapi aku berpendapat situasi ini berlaku hanya disebabkan kelemahan aku iaitu personaliti ataupun cara aku sendiri yang tidak betul ketika berinteraksi dengan mereka.
Disebabkan aku dah tersebut berkenaan personaliti,
mungkin anda semua tertanya-tanya bagaimanakah personaliti aku? Mungkin aku
boleh ungkapkan, aku kanak-kanak yang bersikap kurang ajar (from my current POV),
berlagak, tiada rasa hormat terhadap ahli keluarga yang perlu dihormati dan
sebagainya. Sikap ini aku terus bawa sehinggalah usia aku meningkat dewasa dan
menghadapi beberapa situasi dan peristiwa yang mengubah perspektif dan
personaliti diri aku kepada lebih baik sedikit demi sedikit. Aku rasa dah macam
sangat untuk bahagian ni, aku akan buat sambungan sebagai Bahagian 1.1 pada
bahagian seterusnya.
Terima kasih kepada yang sudi membaca sehingga ke segmen ini. Jumpa anda dibahagian
seterusnya.



