Assalamuaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca blog aku yang tidak seberapa ini. Namun, untuk bahagian pertama ini aku hanya ingin menyatakan niat dan hasrat kenapa aku berada disini.
Pertama sekali, aku ingin menyatakan apa yang akan aku sampaikan dibahagian-bahagian yang mendatang nanti adalah realiti jalan cerita sebenar yang telah berlaku dan aku lalui pada waktu itu. Tiada sebarang penambahan dan pengubahsuaian yang dilakukan untuk menyedapkan cerita atau sewaktu denganya. Oleh itu, kemungkinan penulisan aku ini akan tidak menarik dan membosankan untuk dibaca.
Tapi, tidak mengapa kerana perkara ini membawa aku untuk menyatakan perkara kedua. Iaitu, aku hanya ingin bercerita dan mengimbau kembali perjalan hidup aku. Kerana dengan merekod secara menulis sebegini, aku dapat mengkaji kembali setiap peristwa, perbuatan, keputusan yang aku sendiri telah lakukan dan sebagainya bertujuan untuk penambahbaikan kepada diri aku sendiri dalam setiap sudut dan aspek kehidupan.

Yang ketiga, aku terasa sangat keseorangan, rasa sunyi, kind of helpless, hopeless with my current situation right now. Kemungkinan aku tiada sesiapa yang betul-betul rapat buntuk aku bercerita, mendengar masalah atau berbincang berkenaan perkara-perkara yang penting dalam kehidupan secara umumnya. Aku rasa untuk permulaan itu sahaja yang ingin aku sampaikan dan anda semua perlu tahu. Yang selebihnya akanku sampaikan pada bahagian mendatang.
No comments:
Post a Comment